Sebenarnya,Tok Guru Nik Aziz mengistiharkan Kelantan Koridor Depu itu amat tepat sekali. Sepatutnya rakyat Kelantan berbangga dengan adanya idea ekonomi Tok Guru itu untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya. Malah sepatutnya rakyat negeri lain pun patut mengambil iktibar dari ideanya.
Sepatutnya kalau nak membangkangpun siasatlah dulu apa DEPU tu ? Apa potensinya ? Kena tahu apa itu DEPU, barulah boleh membangkang.
Ini membangkang tanpa ilmu. Akhirnya diri sendiri yang rugi. Orang lain buat duit dengan DEPU, dia putih mata gigit jari.
Ni dia sedikit info tentang DEPU :
Pokok Depu / Karas / Agarwood atau nama saintifiknya Agualaria Crassna adalah sejenis tumbuhan hutan yang meliar di kawasan hutan di Asia Tenggara sahaja. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba pelbagai guna. Bukan setakat resin gaharu sahaja, malah daun, kulit dan akarnya pun berguna terutamanya dalam perubatan tradisional dan moden.
Di Amerika, telah di tubuhkan satu fakulti hanya untuk mengkaji khasiat daun karas / depu ini. Setakat ini daun karas / depu ini dikatakan mempunya khasiat sebagai bahan pencegah kanser. Malahan di Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja daun karas / depu ini dikatakan boleh menghilangkan penyakit darah tinggi, kencing manis, gaut dan sebagainya. Meminum air daun karas / depu ini memang telah lama diamalkan oleh masyarakat orang asli.
Memanglah, kalau tanam pokok depu sahaja, memang tak akan dapat duit, tak ada harga, setaraf pokok hutan biasa saja. Kalau setakat khasiat daun, pokok lain pun melambak.
Pokok depu sebenarnya memang tak ada gaharu. Tetapi teras gaharu itu boleh wujud secara tindakan semulajadi atau mekanikal. Secara semulajadinya, pokok gaharu yang tercedera atau berpenyakit sahaja yang akan mengeluarkan resin gaharu.Ini berlaku apabila pokok yang tercera itu akan berkulat dan berpenyakit. Sebagai tindakan pemulihan, batang pokok ini akan mengeluarkan sejenis resin sebagai antibodi. Resin inilah dipanggil gaharu.
Secara mekanikalnya pula, dalam menghasilkan gaharu daripada pokok depu, kaedah suntikan boleh dilakukan, iaitu dengan menyuntik sejenis kulat khas ke dalam batang pokok. Ini dipanggil suntikan inokulasi. Daripada kaedah ini, teras gaharu boleh wujud sehingga 80% dalam batang pokok karas / depu itu.
Jika menggunakan kaedah tradisional, kita terpaksa mencederakan dengan pelbagai teknik seperti mencucuk batang dengan besi, atau menakik batang pokok dengan kapak dan sebagainya. Gaharu akan terhasil dalam jangkamasa 15 hingga 20 tahun. Itupun tak sepenuhnya.
Jika menggunakan kaedah suntikan, gaharu boleh dihasilkan dalam 7 tahun sahaja.
Apa yang penting di sini ialah resin / teras gaharu daripada pokok depu itu. Harganya dari RM5 hingga RM24,000 mengikut gred sekilogram, malahan mungkin lebih lagi sekiranya telah dijadikan minyak, iaitu boleh cecah 150 per 10ml. Minyak inilah digunakan sebagai “ibu minyak wangi”.
Iaitu bau “menyegit”, silap gaya ada ditaruh dalam minyak wangi yang berjenama tu. Sebab itulah minyak wangi mahal.
Tentang pasaran gaharu pula, sejak zaman melaka lagi orang arab datang ke asia tanggara mencari dan membeli gaharu. Malahan salah satu sebab Portugis menyerang Melaka adalah untuk memonopoli perdagangan gaharu ini. Jadi, masyarakat purba pun tau nilai gaharu, takkan kita masyarakat moden ni tak tahu menilainya ?
Istana-istana di negara Timur Tengah berbelanja lebih RM200 juta setahun hanya untuk mengimport gaharu di Asia Tenggara. Ini kerana Pak-Pak Arab di sana suka berwangi-wangian ke mana sahaja. Setiap malam gaharu dibakar di istana sebab mereka memangnya kaya dan berduit. Kalau ada anak mereka nak bernikah, dua hari sebelum itu dah dimandikan dengan air gaharu. Begitu jugalah budaya rakyatnya.
Sekarang ini Pak-Pak arab telah melabur untuk membuka ladang-ladang gaharu di negara seperti Thailand, Kemboja, Vietnam. Sebab mereka beranggapan kualiti gaharu dari sana bermutu tinggi. Memanglah tidak diwar-warkan sebab belum ada lagi tuaian pertama gaharu secara komersil. Di Thailand pun pokok gaharu di ladang-ladang mereka baru berumur dalam lingkungan 3-4 tahun sahaja, belum lagi 7 tahun. Pasaran dunia hanya baru 20% sahaja.
Kita perlu ambil iktibarlah, negara lain sudah mendahului kita 3-4 tahun, tetapi kita masih di takuk lama. Itupun nasib baiklah Tok Guru Nik Aziz itu celik akal dan jauh pandangannya, dan mengistiharkan Kelantan Koridor Depu, supaya kita mula berusaha menanam pokok itu secara komersil. Itupun nasib baiklah Kelantan dan Terengganu sudah memulakan tanaman komersil pokok depu ini dua tahun lalu. Bagaimana negeri lain ?
Memanglah kalau sebagai orang biasa tak mampu untuk mengusahakan secara besar besaran. Jadi, kita buatlah kecil-kecilan dahulu. Mulakan dengan 100 atau 500 atau 1000 pokok dahulu. Tak mampu, kita pajakkanlah pokok depu itu kepada korporat yang mampu buat sampai keluar gaharunya. Kalau ada 1000 pokok, pajakkan 1000 satu pokok, kan boleh dapat sejuta tu. Itu kiraan bodoh jer. Kalau dapat separuhpun kira dah cukup selama kita menunggu 7 tahun.
Kesimpulannya, jangan kita asyik memperlekehkan orang sahaja, tanpa meneliti dan berfikir. Sepatutnya kita menilai idea dan berusaha untuk memajukan diri. Jangan asyik fikirkan harga gaharu rm24000 sekilogram, tapi kita tak pernah ada usaha untuk menanamnya.
Kalau nak menjadi usahawan gaharu, buatlah research untuk tingkatkan pengetahuan tentang gaharu lagi. Banyak lagi yang perlu diketahui.Dah tahu, mulakanlah projek. Jangan asyik meludah ke langit saja.
Terus terang aku katakan, aku bukan orang Kelantan. Tapi aku akui idea Tok Guru Nik Aziz itu tentang potensi gaharu sebagai salah satu pemangkin ekonomi. Aku dah pun menanam 2000 pokok karas sub integra. Setakat ini alhamdulillah boleh hidup subur.
No comments:
Post a Comment