MEGA KARAS
GAHARU JANA JUTAWAN
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
GAHARU merupakan sejenis kayu dengan pelbagai bentuk jaluran warna khas serta memiliki kandungan damar wangian berupa aloe-resin yang akan mengeluarkan bau atau aroma khusus apabila dibakar. la sangat terkenal di negara-negara Arab dan sudah ala diperdagangkan kerana sering digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi, produk perubatan dan majlis keagamaan.
Berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Aguru yang bermaksud kayu berat (tenggelam) ia juga lebih dikenali dengan nama agarwood, aloeswood, eagleswood, Jin-ko (Jepun), oud (Arab). Gaharu diperoleh daripada sejenis pokok yang dikenali sebagai karas (Aquilaria spp.) yang telah disenaraikan dalam Jadual CITES Appendix II sebagai spesies yang sedang diancam kepupusan berikutan penuaian melampau di habitat asalnya.
Harga bagi gaharu gred tinggi mampu mencecah puluhan ribu ringgit dan kini ia menjadi satu fenomena di kalangan masyarakat apabila mereka mula menanamnya dengan harapan ia mampu memberi pulangan yang lumayan. Namun apa yang menjadi isu pada hari ini adalah pokok ‘duit’ yang dikatakan mampu menjadikan seseorang itu jutawan segera tidak membenkan hasil yang memberangsangkan. Ramai yang kecewa dan menganggap ia merupakan perusahaan yang sia-sia dan tidak mampu memberi keuntungan yang lumayan seperti diuar-uarkan.
Namun, rata-rata pengusaha tanaman karas ini mempunyai pengalaman yang cetek atau tiada pengalaman langsung berkenaan penghasilan’gaharu daripada pokok ini. Fenomena tersebut cuma berlegar di kalangan pengusaha dan hanya disampaikan dari mulut ke mulut tanpa melibatkan satu kajian terhadap proses penanaman serta tuaian secara mendalam terhadap sumber yang begitu berharga. Oleh itu, bagi pengusaha serta penanam gaharu yang benar-benar mahukan pulangan lumayan, mereka perlu mengkaji secara teliti segala prosedur sebelum melaburkan sejumlah wang terhadap perusahaan tersebut.
Terlalu banyak mitos dan pendapat mengenainya. Ada yang mengatakan ia lebih bernilai daripada emas kerana harganya yang mahal mampu mencecah ribuan ringgit telah membuatkan ramai orang tergila-gilakan hasil pokok ini.
Hakikatnya, taburan pokok ini di dalam hutan di kategorikan berada di ambang kepupusan kerana penuaian secara berleluasa tanpa pengawalan yang rapi.
Tanpa inisiatif dengan penanaman semula pokok ini, hasil gaharu negara tidak mampu lagi unjtuk dieksport ke negara-negara Asia Barat dan negara Asia lain yang meletakkan permintaan tinggi bagi hasil ini. Daripada segi perusahaan perladangan, Indonesia dan Thailand telah berada selangkah di hadapan kita namun kita masih teragak-agak dengan keupayaan hasil pokok ini. Kekurangan sumber maklumat tepat dan kekangan modal yang tinggi untuk dikormersialkan menyebabkan ia kurang mendapat perhatian usahawan di negara ini.
Agensi kerajaan yang ada perlu memainkan peranan dalam menyalurkan fakta yang lengkap dan perkembangan teknologi dalam usaha menjadikan ia sebagai industri, yang berkembang pesat. Penyelidikan dalam fenghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga sedang gjat dijalankan.
Antara yang agensi kerajaan yang sedang giat menjalankan kajian berkenaan penanaman serta penghasilan gaharu adalah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Bermula pada sejak awal 1990 di FRIM, bagaimanapun, kajian yang lebih sistematik dijalankan dalam tahun 1992.
Komponen penyelidikan meliputi kajian seperti bahan tanaman, penanaman, pertumbuhan, suntikan tiruan, kimia, serta sosial ekonomi gaharu ke atas penduduk tempatan. Sepanjang jangka masa ini, agensi usaha sama lain yang terlibat adalah seperti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Negeri Pahang dan swasta.
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) FRIM, Datuk Dr. Abd. Rashid Ab. Malik berkata, kini institut berkenaan berjaya menyediakan teknik menghasilkan gaharu dengan lebih cepat dengan kos yang rendah.
“Jika penanaman gaharu secara biasa ia akan memakan masa yang panjang berbanding kaedah yang telah drternui FRIM kini.
“Pokok gaharu pada usia empat tahun sudah boleh melalui proses inokulasi dan setelah dua hingga tiga tahun hasilnya sudah boleh diperolehi. Bagi yang berminat boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada FRIM dan kita akan sentiasa membantu,” katanya.
Teknik inokulasi sebenarnya agak mahal, namun atas usaha yang bersungguh-sungguh, FRIM berjaya menghasilkan teknik menghasilkan gaharu dengan lebih murah dan berkesan. Jelas Abd. Rashid, pengusaha gaharu kini tidak perlu bimbang kerana negara memiliki teknologi terkini untuk menghasilkan gaharu setanding dengan negara-negara jiran.
Walaupun penanaman gaharu di Malaysia masih pada skala yang agak kecil dan ketinggalan berbanding dengan negara jiran kita seperti Vietnam, Thailand, Kemboja, India dan Indonesia namun kita masih mempunyai peluang yang cerah untuk perusahaan ini berikutan permintaan terhadapnya amat tinggi. “Di negara kita masih tiada badan khas bagi memantau serta membantu perusahaan ini, justeru semua pihak perlu memainkan peranan penting bagi menjayakahnya,” ujar beliau. Namun, kurangnya pehdedahan dan pengumpulan maklumat menyebabkan perusahaan gaharu kurang memberi impak dalam pelaksanaannya.
Penghasilan Minyak Gaharu
Untuk mendapat minyak dan berkualiti yang tinggi kualiti kayu gaharu perlu diambil berat. Terdapat tujuh kategori mutu gaharu namun, untuk mendapatkan kayu yang bermutu tinggi, terdapat lima ciri utama perlu diberi keutamaan dalam memastikan bahawa kayu gaharu tersebut mencapai tahap berkualiti yang dikehendaki atau tidak. la termasuklah corak atau warna pada kayu tersebut seperti warna coklat kehitaman, kandungan damar tinggi, serat padat, berat dan menghasilkan aroma yang kuat apabila dibakar.
Daripada ciri-ciri tersebut, gaharu digredkan kepada gred A, gred B, gred C, gred D, gred E, Iain-lain gred dan gaharu racik (kayu racik). Penghasilan minyak gaharu boleh dilakukan dengan dua kaedah; iaitu kaedah penyulingan stim dan kaedah penyulingan air.
Kaedah penyulingan stim adalah yang paling efektif dengan menghasilkan minyak yang banyak. Proses dimulakan dengan mengisarkan kayu gaharu sehingga halus kemudian direndam selama beberapa hari sehingga sel kayu (parenkima) dan kelenjar minyak hampir terasing. Kepingan gaharu ini kemudiannya akan disuling di dalam kelalang clavenger selama enam jam dan setiap peringkat penghasilan minyak yang berlainan warna akan diambil dan digredkan.
Sementara itu, kaedah penyulingan air adalah paling mudah tetapi penghasilan minyak gaharu adalah pada tahap minimum. Kayu gaharu tersebut akan dimasak selama empat hingga lima hari sehingga minyak gaharu terhasil.
Di Malaysia, perusahaan secara besar-besaran telah berubah menggunakan teknik penyulingan.stim daripada penyulingan air kerana proses yang lebih mudah dan kos yang rendah.
Rata-rata ramai pengusaha gaharu yang kurang berpengalaman didalam bidang ini namun tetap berminat untuk mempelajarinya. Justeru Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Perhutanan akan mengadakan Seminar Kebangsaan dan Pameran Gaharu 2010 pada 22 hingga 23 Mac ini di Auditorium Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan UPM, Serdang.
Seminar tersebut bertemakan ‘Ke Arab Kelestarian Pembangunan Industri Gaharu’. Seminar ini akan di hadiri oleh pembentang-pembentang kertas kerja daripada pelbagai aspek termasuk Sumber dan Pengurusan Pokok Karas, Penuaian, Penyimpanan & Penyediaan Bahan, Pemprosesan Minyak Gaharu & Ciri-ciri Kualiti Dan Promosi, Pemasaran & Polisi.
Pembentang kertas kerja yang akan dijemput menghadiri seminar ini mempunyai kepakaran di dalam industri ini dari sudut polisi, penyelidikan, perusahaan, pemasaran dan pembekalan serta penggunaan. Mereka terdiri daripada ahli akademik, jabatan kerajaan, pemimpin organisasi, pengusaha ladang, ahli profesional dari industri berkaitan serta pengguna produk ini sendiri.
Bagi yang berminat mereka boleh mendapatkan maklumat di laman web nationalgaharu.blogspot.com atau www.forr.upm.edu.my dan www.introp.upm.edu.my.
Fakta harga Gred Gaharu Harga (RM) sekilogram
Gred A Super - RM 25,000
Gred A - RM 20,000
Gred B - RM 18, 000
Gred C - RM 15,000
Gred D - RM 8,000
Gred E - RM 3,000
Lain-Lain Gred - RM 500 - RM 1,000
Gaharu Racik - RM 5 - RM 100
TEKNIK PENANAMAN GAHARU
INI usaha penanaman pokok karas sedang giat dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara ini. Pada umumnya terdapat dua spesies pokok yang menghasilkan gaharu iaitu pokok karas (Aquilaria spp.) dan cendana (Gyrinops spp.).
Proses terjadinya gaharu apabila pokok yang mengalami luka atau diserang penyakit dan kulat yang menjangkiti pokok tersebut merebak ke dalam jaringan pembuluh kayu (vesel). Untuk terus hidup, kulat tersebut akan menggunakan cairan sel dalam saluran pokok sebagai sumber tenaganya atau makanannya secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan kurang atau terhentinya penghantaran makanan kepada daun. Sel-sel yang isinya sudah dimakan oleh kulat akan membentuk suatu kumpulan sel mati pada jaringan pembuluh kayu.
Hasil tindak balas kimia dalam kayu tersebut akan menghasilkan resin atau damar wangi yang dinamakan gaharu dan apabila dibakar akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri.
Pokok karas yang mengeluarkan gaharu adalah dari famili Thymelaeceae yang mana terdapat 25 spesies Aquilaria dijumpai di seluruh dunia. Di Malaysia terdapat lima spesies utama iaitu; A. malaccensis, A. hirta, A. beccariana, A. rostrata, A. microcarpa.
Terdapat tiga spesies kurang dikenali termasuk A. brachyanta, A. cumingiana dan A. crassna. Mengikut Pensyarah Fizik Kayu, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr. Mohd Zin Jusoh, beberapa faktor harus dipertimbangkan dalam usaha penanaman pokok karas secara perladangan. “Antaranya adalah, pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah penanaman, kaedah suntikan dan pasaran. “la juga harus dinilai untuk Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran dan spesies yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang meminimumkan risiko yang ada bertujuan mendapat hasil yang maksimum selepas tujuh tahun penanaman,” katanya.
Pertama, dari segi pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Terdapat dakwaan bahawa spesies A lebih baik dari spesies B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal.
“Kita seharusnya meneliti semula kawasan penanaman kerana pokok karas memerlukan habitat yang unik berbanding dengan pokok lain,” katanya. Katanya, pokok yang sihat dan membesar dengan cepat biasanya menghasilkan gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit, ’sties’ dan cedera. “la sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu.
“Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran dan spesies yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesies Aquilaria malaccensis merupakan salah satu spesies yang mempunyai nilai komersia’l yang tinggi.
“Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6 kaki x 6 kaki atau 10 kaki x 10 kaki menghasilkan jumlah tanarhan pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar” ujarnya.
Tambah beliau, penanaman secara integrasi adalah lebih meminimumkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Jelas Mohd. Zin, boleh’ dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontan dan jarak tanaman harus sesuai dengan keadaan tanah.
Selepas pokok karas mencapai usia lima tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk merangsang penghasilan gaharu dan dibiarkan selama dua tahun sebelum mendapat tiasil yang optimum. “Tanpa pendekatan ini pokok karas tidak mampu membentuk gaharu di dalamnya kerana dalam keadaan dengan semulajadi, gaharu terbentuk apabila pokok mencecah usia 20 - 40 tahun melalui kecederaan fizikal atau serangari mikro organisma,” katanya.
Menurut Mohd. Zin, pokok karas sesuai ditanam di kawasan dataran rendah dan pergunungan pada ketinggian antara 0 dan 750 meter (m) dari aras laut. “Purata taburan hujan kurang dari 2000 sentimeter (sm) setahun dan suhu paling sesuai adalah antara 27-32 darjah Celsius dan cahaya matahari antara 45-70 peratus.
“Pertumbuhan pokok mampu mencapai ketinggian antara 25 dan 40 meter dan diameter antara 60-80 sm pada ukur lilit,” katanya. Tanah yang sesuai bagi penanaman pokok karas adalah dari jenis lempung dan hat berpasir dan pH tanah antara 4 - 6 pH. Penanaman boleh dijalankan di tanah persendirian, hutan simpan dan tanah kerajaan melalui dua kaedahtanaman iaitu;
KAEDAH MONOKULTUR
Tanaman ini dilaksanakan dengan jarak tanaman 3 x 3m dengan jumlah sebanyak 1000-13000 pokok sehektar. Ada juga yang ditanam dengan jarak tanaman 2 meter x 2 meter dengan jumlah yang boleh mencapai 1600 batang pokok sehektar.
KAEDAH TANAMAN SELINGAN
Pokok karas jiaga boleh ditanam dibawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5-8 tahun seperti di
ladang kelapa sawit, ladang getah,ladang Kopi, ladang Acacia secara tanaman berselang. ..
No comments:
Post a Comment