Pages

Sunday, May 30, 2010

1988 Gaharu gred super harga RM1000 /kg, sekarang RM25,000 Sekilo

Saya mula mengenali dan menceburi industri gaharu pada tahun 1988. Ianya bermula secara tidak sengaja, iaitu semasa saya menunaikan fardu haji, saya melihat rata-rata kedai menjual minyak wangi di sekeliling Masjidilharam menjual longgokkan kayu buruk di kedai mereka. Saya bertanya, kayu apa tu? jawab penjual, Oud (kayu gaharu), saya bertanya, berapa harga sekilo? katanya, 20rial satu gram(20,000.00 sekilo). Saya minta beli sedikit, tetapi beliau tidak mahu menjualnya dengan alasan kayu ini datangnya dari negeri saya. Saya mula terfikir, rupanya terdapat kayu yang begitu mahal harganya dinegara saya. Saya mengambil tindakan untuk menyelidiki apa rahsia kayu gaharu hingga mempunyai nilai yang tinggi. Apabila pulang ke Malaysia, saya berusha dapatkan sekilo kayu gred A (pada masa sekarang gred super) yang harganya RM1,000.00 sekilo (harga tertinggi kayu gaharu di tahun 1988). Bermula dari sinilah saya secara tidak langsung menceburi perniagaan Gaharu.

Pada tahun 2006, saya telah menerima berita tentang satu teknologi inokulan bagi menghasilkan teras. Terus saya membuat kajian tentang kebenaran dan keberkesanan teknologi ini dan saya berkeyakinan teknologi ini akan melebarkan industri gaharu tanah air. Justeru itu, saya telah menanam anak benih gaharu dalam jumlah yang banyak( pada masa itu susah untuk diperolehi dan harganya mahal ). Alhamdulillah, kini pokok gaharu saya sudah mencapai umur 3 tahun 3 bulan dan ada diantaranya sudah matang (kematangan pokok gaharu adalah berdasarkan saiz pokok 10inci, bukan jumlah tahun ditanam)dan telah disuntik
-
Catatan pengalaman Usahawan gaharu - Abdul Rahman b. Taib


No comments:

Post a Comment