Pages

Tuesday, June 29, 2010

PAHANG LULUS TANAH 240 HEKTAR TANAM GAHARU

Pahang lulus tanah 240 hektar tanam gaharu

JERANTUT 22 Julai - Kerajaan negeri meluluskan pembukaan tanah seluas 240 hektar untuk projek tanaman pokok gaharu di Sungai Mentalun di Kuala Tahan dekat sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, projek berkenaan merupakan usaha kerajaan untuk mengubah taraf hidup Orang Asli di kawasan Tahan dengan membabitkan penglibatan proaktif dalam projek tanaman komersial.
Katanya, projek di bawah pemantauan Jabatan Hutan daerah itu bakal memberi manfaat kepada 70 keluarga Orang Asli di Kampung Sungai Tekal dan Sungai Tiang.
''Projek ini antara kerangka pembangunan dan penyusunan semula masyarakat Orang Asli di Tahan menerusi kelulusan 22 buah kawasan tanah kelompok untuk dimajukan sebagai tanaman komersial, termasuk gaharu," ujar beliau.
Wan Amizan berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Tiang dekat sini semalam.
Tambah beliau, projek berkenaan akan mengambil masa antara tujuh hingga lapan tahun sebelum pokok menjadi matang dan menghasilkan sumber pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap satu kilogram berasaskan kualiti dan harga pasaran di luar negeri.
Antara kegunaan gaharu ialah bagi menghasilkan bahan-bahan kosmetik, minyak wangi dan cat.
''Projek ini untuk memacu pendapatan yang lumayan bagi belia Orang Asli yang sudah berkeluarga di kampung berkenaan di samping memperoleh hasil pertanian lain," katanya.

No comments:

Post a Comment