BERITA GAHARU DI KELANTAN
Kelantan terokai perusahaan gaharuPosted 2007/4/17 9:46:59KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sekali lagi melakari sejarahnya apabila berjaya memeterai perjanjian mengusahakan gaharu dari pokok depu dengan empat buah syarikat tempatan termasuk dari Thailand.Perjanjian usahasama berkenaan yang diadakan di Kota Darulnaim baru-baru ini, telah disaksikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan Negeri, Dato' Husam Musa di Kota Darulnaim.Empat syarikat terbabit adalah, Thelda Sdn Bhd, (Kelantan), Phearapan Wijitpha (Thailand), Nakhlah Sepadu Sdn Bhd (Kelantan) dan Agaar Wood Fatoni & Pacific.Husam ketika ditemui selepas majlis berkenaan berharap, hasrat untuk menjadikan Kelantan sebagai pengeluar terunggul ‘gaharu’ di rantau ini menjadi kenyataan.
Katanya, bagi merealisasikan hasrat tersebut, syarikat-syarikat terbabit harus menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha masing-masing sebagaimana yang telah dirancangkan.“Kerajaan negeri sendiri melalui anak syarikatnya telah berusaha merancang beberapa langkah untuk menjayakan hasrat tersebut seperti menanam pokok gaharu.“Kerajaan negeri sendiri telah memperuntukkan sejumlah RM300,000 untuk projek penanaman pokok gaharu,”ujarnya.Untuk itu, tambahnya kerajaan negeri akan mengagihkan peruntukan berkenaan kepada rakyat bagi membolehkan mereka yang berminat menanam pokok gaharu.ambungnya lagi, rakyat Kelantan yang berminat khususnya yang mempunyai tanah di pinggir sungai, boleh menanam pokok tersebut seperti di Dabong, Kuala Krai, Guchi, Jeli dan Tanah Merah serta Gua Musang.Dengan cara ini, menurutnya pinggir-pinggir sungai yang terbiar dapat dihidupkan semula. Husam berkata lagi, untuk peringkat pertama ini sebanyak 40,000 pokok telah ditempah dari tapak semaian di Patani untuk ditanam semula di negeri ini.“Setiap satu batang pokok yang matang dan dalam tempoh setahun setelah di suntik akan dapat 30 kilogram dengan nilaian sekitar RM12,000,”ujarnya.Sambungnya, estrak minyak itu adalah gred A serta dapat menghasilkan minyak bermutu tinggi.Katanya, bekalan estrak minyak dari pokok gaharu seluruh dunia sekarang amat tidak mencukupi.Untuk itu, katanya rakyat Kelantan harus mengambil peluang berkenaan untuk menanamnya. - mks.Kelantan promosi manfaat menanam karas27-08-2007 03:12:51 PMKOTA BARU: Kerajaan Kelantan memperkenalkan skim galakan tanaman pokok karas bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi di samping meningkatkan produktiviti tanah kosong di persekitaran rumah, kebun dan tanah terbiar di sini hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri menyediakan dana sejumlah RM300,000 untuk program itu bagi menjana sumber ekonomi penduduk kampung."Kerajaan memandang serius terhadap program tersebut dan telah melantik syarikat Titik Rancang yang merupakan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai syarikat yang bertanggungjawab mengusahakannya secara komersial, tambah beliau.Katanya sebanyak 40,500 pokok karas dibahagikan kepada penduduk kampung untuk diusahakan sejajar dengan kempen penghijauan bumi yang giat dijalankan di negeri itu.Di Kelantan terdapat tiga spesis karas iaitu aquilaria malaccencis yang tumbuh di kawasan hiliran, aquilaria hirta yang tumbuh di kawasan tanah tinggi dan aquilaria rostrata yang tumbuh di kawasan pedalaman, katanya pada majlis pengurniaan anak pokok karas oleh Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Rahim, kepada 180 penerima sempena Kempen Penghijauan Bumi Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Agama Saadah, Ketereh.Husam berkata pokok karas dipilih kerana secara tradisinya ia mempunyai banyak keistimewaannya yang tersendiri."Masyarakat Melayu menggunakan rebusan akar dan daun karas bagi mengubati sakit perut dan ubat periuk selepas bersalin. Selain itu kulit kayunya digunakan untuk membuat tali gasing dan pengikat rebana, sementara batang kayunya pula digunakan untuk membuat keranda," katanya.Husam berkata damar yang dihasilkan oleh pokok karas boleh diproses untuk menghasilkan minyak gaharu.Beliau berkata skim galakan tanaman pokok karas itu bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai perusahaan karas yang belum diterokai sepenuhnya dalam industri pertanian tempatan.
BERNAMATok Guru Lawat Tapak Proses Pohon DepuKota Bharu: 9 Jul-Menteri Besar Kelantan TuanGuru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa melawat tapak proses pohon depu yang bertujuan untuk mengekstrak gaharu di Kampung Dewan Beta Hilir semalam.Beliau yang ditemani oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Hj Husam Musa serta beberapa orang wakil rakyat meluangkan masa hampir satu jam di tapak berkenaan.Projek yang diusahakan oleh syarikat tempatan, Nakhlah Sepadu Sdn Bhd dan Telda Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat dari Thailand itu bakal mewujudkan satu sumber ekonomi yang baru untuk dinikmati oleh rakyat Kelantan dan juga kerajaan negeri, yang bakal menerima sumber pendapatan baru untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negeri di masa akan datang.Pengarah Urusan Nakhlah Sepadu, En Zaidi berkata perusahaan ini bakal menjana ekonomi Kelantan untuk masa hadapan kerana permintaan gaharu pokok depu adalah sangat tinggi terutamanya untuk pasaran negara Timur Tengah dan China yang menggunakan bahan tersebut untuk pelbagai tujuan kormesial dan perusahaan.“Satu-satu pokok dapat memberikan hasil selama 2 tahun apabila proses suntikan bioteknologi yang digunakan syarikat disuntik pada mana-mana pokok depu. Selepas proses suntikan, pokok perlu di biarkan selama 3 hingga 4 bulan sebelum proses mengikis kayu depu dapat dijalankan.Setiap kali kerja mengikis dilakukan, paling maksima seratus kilogram kayu gaharu dapat dituai dan kayu ini sangat bernilai untuk diekstrak menjadi pati minyak wangi”. Ujar Zaidi lagi.Menurut Hj Husam, sesiapa yang sudah mempunyai pokok depu yang telah berusia dan berminat untuk menyertai program penghasilan gaharu ini bolehlah menghubungi pihak kerajaan negeri dan jika mereka bersetuju, selepas menandatangani perjanjian bayaran pendahuluan sebanyak RM1000.00 akan dibuat dan selepas itu setiap 3 hingga 4 bulan, mereka akan mendapat dua puluh peratus hasil jualan yang dibuat dengan segala kos kerja ditanggung oleh pihak syarikat.“Bagi program galakan tanaman gaharu yang akan dijalankan oleh kerajaan negeri, setiap peserta akan menerima lima anak pokok depu hybrid yang akan memberi hasil selepas 5 tahun. Selain bertujuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat negeri Kelantan ia juga merupakan satu kempen penghijauan bumi untuk mengurangkan kesan pemanasan dunia”. Tambah Husam lagiDengan harga pasaran dunia yang mencecah Rm30,000.00 sekilo. Program ini di harap dapat mengubah taraf ekonomi dan penghidupan golongan miskin di Kelantan.
No comments:
Post a Comment